Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 4 September 2015

INI BETUL BETUL GILA BABI PUNYA PROGRAM.

Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) mahu perdana menteri meletakkan jawatan supaya tiada campur tangan dalam siasatan berkaitan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.
Pengerusi UNCAC Manzoor Hasan berkata perkara itu langkah terbaik bagi memastikan sebuah siasatan yang adil.
“Dalam dunia yang ideal, kamu mahu lihat perdana menteri kekal, dan siasatan juga berlangsung.
“Tetapi saya fikir realitinya jika mereka tidak letak jawatan, proses siasatan boleh dipengaruhi dan menjejaskan keseluruhan proses.
“Jika kamu gunakan prinsip biasa, prinsip undang-undang, apabila seseorang disiasat, biasanya orang itu akan letak jawatan supaya siasatan bebas boleh berlangsung,” Manzoor dipetik sebagai berkata olehThe Malaysian Insider hari ini.
Bercakap dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, Manzoor berkata keengganan Najib berundur tidak pelik, tetapi bukan perkara baru.
Akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mengejutkan politik Malaysia dengan laporan mendakwa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wang itu hasil sumbangan derma, sekali gus menimbulkan perbahasan awam sama ada ia berunsur rasuah atau tidak serta persoalan melibatkan isu integriti.

Ulasan

Jadi pelik pulak aku. Macam mana Malaysia jadi tuan rumah pada satu program yang di dalam nya pemimpin kita kena lanyak, kena hina. Dan macam mana pada kedudukan macam itu, individu berkenaan boleh pulak suruh ketua sebuah negara yang terpilih secara demokrasi untuk letak jawatan.

Isunya ialah mereka ' membicarakan ' PM kita dan mendapatinya bersalah tanpa peluang membela diri. Ini betul2 gila babi punya program.

3 comments:

  1. Belum letak jawatan lagi sudah mau dilanyak oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Kalau letak jawatan sudah tentu apa yang jadi kepada Anwar berulang. Mahathir akan mengunakan talibarutnya yang ada dalam SPRM, Special Branch dan Gani Patail untuk impeach Najib dengan mengunakan fabricated evidence. But Allah is the Greatest Planner.

    ReplyDelete
  2. assalam. MANUSIA AKAN BERKATA APA SAJA JIKA TIADA BUKTI! - PERSEPSI VS REALITI. kita diperintah utk yakin pd fatka bukan pd persepsi.. Adakah anda suka bila saya ber'persepsi' kpd anda...tepuk dada tanya iman...sama2 kita berhati2 bro.

    ReplyDelete
  3. armageddon sudah hampir bermula..bersiap sedialah semua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...