SHAH ALAM – Presiden Ikram Siswa Nasional, Marwan Abdullah menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu insentif kerajaan yang pelik.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-36 bertajuk ‘Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu’, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Menurutnya, sebagai wakil NGO, beliau menghargai segala sumbangan kerajaan meskipun ada usaha tersebut yang tidak baik dan pelik.

Malah katanya, BR1M umpama kerajaan memberikan ikan ke mulut rakyat.

“Tadi panel-panel cakap soal dasar awam panjang lebar. Saya selaku NGO, kita hargai segala sumbangan yang kerajaan berikan kepada kita.

“Kita tidak nafikan sumbangan-sumbangan tersebut. Ada yang baik, ada yang tidak baik. Ada yang pelik, ada yang tidak pelik.

“Kalau yang pelik sekali, BR1M lah. Dia bagi ikan tapi tak beri pancing. Tapi kita ambillah ikan itu kan?,” katanya.

Sebelum itu beliau ada melahirkan pendapat bahawa ruang untuk anak muda menyatakan hasrat mereka tidak cukup di pentas negara ini.

“Kalau kita lihat pada perspektif mahasiswa, memang ruang itu tidak cukup.

“Buktinya apa yang berlaku kepada pelajar UIA baru-baru ini yang telah digantung dua semester hanya kerana nak membawa Naib Presiden PKR ke dalam universiti,” katanya.

Selain beliau, wacana itu turut disertai Ahli Majlis Eksekutif Dapsy Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud; Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin dan Exco Pemuda Harapan Baru, Faiz Fadhil.

Moderator wacana kali ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Ulasan

Aku anggap budak ni sombong dan singkat akal. Aku tak tau apa pancing lagi yang dia nak. Dia berada di situ bukankah kerana pancing yang disediakan oleh Kerajaan?

Kedua, aku nak jugak bertanya, jika benar menentang pihak berkuasa misalnya di universiti itu dianggap hero, pejuang kenapa tak ramai anak Cina yang menentang? Adakah mereka bukan hero?

Ini dilema Melayu. Bila ada kedudukan sikit, terperangkap dengan hasutan. Dan mungkin jugak ini berlaku kerana Pemuda atau Puteri UMNO tak minat nak dekati mereka.