ALOR SETAR 18 April – UMNO Kedah hari ini menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, keputusan tersebut dicapai melalui satu mesyuarat khas di Seri Mentaloon di sini hari ini.
Kata beliau, UMNO Kedah turut meminta agar Mukhriz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu berkenaan pada 24 April ini.
“UMNO Kedah menyokong penuh tanpa belah bahagi terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai Menteri Besar yang diberi kepercayaan oleh beliau.
“Mesyuarat juga bersetuju supaya Menteri Besar tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini kerana kami memahami situasi beliau dalam perkara ini.
“Atas keputusan bersama dalam mesyuarat khas UMNO Kedah ini kita setuju membatalkan mesyuarat yang bakal diadakan pada 24 April ini di Kuala Lumpur,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan.
Selain itu, menurut Ahmad Bashah, tidak berlaku perpecahan dalam parti baik dalam sokongan terhadap Perdana Menteri mahupun Mukhriz seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
“Apa yang disuarakan oleh pihak tertentu agar Menteri Besar meletakkan jawatan jika gagal menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri adalah pendapat peribadinya sahaja, bukan mewakili UMNO Kedah,” jelasnya.
Mesyuarat khas tersebut berlangsung kira-kira dua jam di kediaman rasmi Menteri Besar berkenaan dengan kehadiran Mukhriz serta hampir kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) kecuali ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.
Mesyuarat turut dihadiri oleh semua Ketua UMNO bahagian kecuali Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai) dan Datuk Mohd. Johari Baharom (Kubang Pasu).
Ulasan
Orang politik tahu Ahmad Bashah adalah sahabat karib DS Najib. Bahkan beliau disebut sebut sebagai MB Kedah apabila DS Najib mengambil alih pentadbiran negara. Tiba tiba Mukhriz yang naik dan Ahmad Bashah ke Parlimen.
Ini contoh jiwa besar. Ahmad Bashah landsung tidak tunjukkan sebarang emosi sebaliknya menjadi penyokong kuat Mukhriz walaupun dalam keadaan seperti sekarang.
Ini patut jadi budaya UMNO. Ini jugak patut jadi pengajaran kepada Ahmad Lebai Sudin. Lebih daripada Tun Mahathir, DS Najib dan siapa sahaja, UMNO wajib kita pertahankan tanpa kompromi.
Sekali lagi kita tak payah pening memilih kerana akhirnya kita tetap memiloih UMNO...
Keputusan yang paling bijak ini hanya terhasil dari seorang yang berjiwa besar yang dapat melihat muslihat sebenar disebalik segala fitnah, tohmahan dan memaksakan persepsi buruk terhadap pemimpin seperti yang diamalkan oleh yahudi selama ini....gerakan evangelis global, sedang merancang sesuatu untuk menggugat kestabilan negara sekaligus menggugat keharmonian antara kaum yang sedia lama terjalin di Malaysia..dalam bab Dominionism and Christian Zionisme in Malaysia, Ian Buchanan mendedahkan statistik sebanyak 70% penganut Kristian di Malaysia adalah Evangelis. Gerakan Evangelis ini dipengaruhi agenda global imperialis barat dan Yahudi, faham mereka adalah Christian Zionism dan Dominionism. Walaupun tidak semua Evangelis di Malaysia berfahaman ekstremis begini, tetapi trend yg meningkat saban tahun membimbangkan..
ReplyDeleteAIDCNews – 15/08/12 – Seorang pembaca meminta kami menyiarkan semula tulisan ‘Angela’ berkenaan lingkaran Anwar Ibrahim dengan Jesuit, Freemason dan New World Order (NWO) yg pernah disiarkan di sini..“Nanti orang keliru dengan mengatakan Anwar hanya terlibat dengan Freemason (zionis), sedangkan Anwar juga terlibat dgn Jesuit (Kumpulan Jesus).
.. Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. kaitan atau rantaian belakang tabir puak pembangkang ini ialah organisasi pro-demokrasi di Amerika Syarikat dengan tali barutnya di Malaysia..segalanya ada dalam media alternatif dan bukanlah lagi satu rahsia..malah satu buku setebal 131 halaman telah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009..rupanya sudah habis seluruh pelusuk negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN.
..“Dia (Nat) pernah jadi Setiausaha Eksekutif kepada Pengerusi Foundation for the Future iaitu Anwar..“Selain membantu Tian Chua, dia menulis dalam Malaysiakini dan dipercayai masih berperanan dalam sebarang program “educating Malaysia for democracy” yang dibiayai oleh CIA,” ulas The Unspinners..For too long now, I think Anwar, PKR and Pakatan have become convinced that they can get away with murder, because they believe those of us who hunger for change simply have no other options..
.. This story suggests that we are on the edge of a crisis; that forces linked to former PM Dr Mahathir are looking to dethrone PM Najib, and instigate an era of unprecedented racial and religious strife...tak sedap sangat komen nii..tapi nak tanya jugak, betul kee??