Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 15 February 2015

BEBASKAN DARI PENJARA !

PUTRAJAYA 13 Feb - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat mampu melihat situasi sebenar dunia luar ketika berada di program tersebut ekoran program tersebut mengajar pelatih untuk tidak berada didalam dunia sendiri.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata PLKN merupakan wadah yang boleh melibatkan seramai anak muda di negara ini tanpa mengira agama mahupun bangsa untuk menyertai program tersebut.

"Sekurang-kurangya ketika mereka menyertai PLKN dapat bersama melihat kepada situasi dunia yang lebih luas dan tidak hidup dalam tempurung masing-masing.

"Harapan saya menggunung kerana pada pada hari ini penuh dengan kebencian, perpecahan, pembunuhan dan keganasan. Dengan melalui PLKN iaitu satu-satunya wadah yang boleh melibatkan seramai mungkin anak muda kita tanpa mengira warna kulit, agama, latar belakang, dan ideologi politik untuk bersama menyertai PLKN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas merasmikan Majlis 'Onboarding Lad' Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disini, hari ini.



Ulasan.

Selain daripada apa yang dinyatakan oleh DS Hishammuddin di atas aku rasa PLKN ini kalau dapat berjalan dengan baik, ia akan mengeluarkan anak anak kita daripada penjara emosi negatif yang selama ini menghalang anak anak kita daripada mencapai kehebatan.

Malu, malas, penakut yang tak kena tempat, buruk sangka dan sebagainya. Aku percaya berdasarkan pemerhatian aku, anak anak yang keluar dari PLKN memang berbeza. 

Biar mereka berlatih untuk rasional, mampu dan mahu berfikir. Kita harap lepasan PLKN nanti akan menjadi warga negara yang benar benar dapat diamanahkan negara bangsa tercinta ini.



7 comments:

  1. Terbaik. Lakukan segalanya untuk masa hadapan cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Perancangan baik tapi kena tapis penggeraknya. Takut jadi alat pembangkang pulak.

    ReplyDelete
  3. Anak saya produk PLKN. Banyak sangat positifnya selepas dia selesai PLKN di Sauk Perak tahun 2013. Solatnya amat dijaga.

    ReplyDelete
  4. Anak anak kita , pewaris kita. Jika betul cara kita mendidiknya, maka betullah hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Syukurlah plkn diteruskan. Terima kasih datuk hisham sebab anak anak memang perlukan program ini untuk patriotik mereka.

    ReplyDelete
  6. Negara ini milik kita dan kita yang mencorakkannya. Saya harap Kerajaan akan melakukan apa sahaja yang terbaik selagi kuasa masih ada.

    ReplyDelete
  7. Segala yg baik perlu diteruskan. Kelemahan diperbaiki. Tahniah Datuk Hishammuddin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...