KUALA LUMPUR 5 Julai - Rakyat perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap tuduhan berat yang dilemparkan media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yakin pasukan petugas khas yang dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara itu dapat menjalankan siasatan dengan segera, adil dan tidak berpihak.
“Pada masa sama, saya ingin menggesa pihak-pihak yang membuat dakwaan tersebut agar tampil dengan bukti kukuh.
“Langkah ini penting kerana dakwaan tersebut bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
WSJ baru-baru ini melaporkan bahawa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri.
Menurut Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO, beliau menyokong penuh kenyataan tegas Perdana Menteri yang mahu mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan berkenaan.
“Saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal berhubung dakwaan beberapa media antarabangsa terhadap Perdana Menteri berkaitan isu 1MDB.
“Jangan bertindak melulu dan terus menghukum beliau kerana dakwaan itu hanyalah berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Jangan membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan,” ujarnya.
Ulasan.
Aku rasa sejak dari awal lagi bila DS Najib menghadapi masalah atau serangan, sokongan daripada pemimpin di bawah beliau tidak begitu jelas. Main selamat dan lebih kepada nak mengulas, nak tunjukpandai dan bijak.
DS Hishammuddin berbeza. Dari awal untuk apa jua isu sangat konsisten. Kenyataannya agak jarang tapi tegas dan jelas. TPM sendiri pada pandangan aku tak berapa nak clear. Pandangan akulah.
Ulasan.
Aku rasa sejak dari awal lagi bila DS Najib menghadapi masalah atau serangan, sokongan daripada pemimpin di bawah beliau tidak begitu jelas. Main selamat dan lebih kepada nak mengulas, nak tunjukpandai dan bijak.
DS Hishammuddin berbeza. Dari awal untuk apa jua isu sangat konsisten. Kenyataannya agak jarang tapi tegas dan jelas. TPM sendiri pada pandangan aku tak berapa nak clear. Pandangan akulah.
Solidariti macam yang diwar warkan sebenarnya belum wujud. Ia hanya harapan PM semata mata.
ReplyDeleteSaya bersetuju Datuk Hisham lebih jelas dalam menyuarakan pandangan. Tiada percubaan untuk menyembunyikan apa apa.
ReplyDeleteIni masa sukar bukan hanya kepada DS Najib. Ia turut meberi kesan kepada UMNO dan kerajaan. Inilah masa nya pemimpin dan orang UMNO benar benar tunjukkan solidariti.
ReplyDeleteSekali pandang macam umno dah tak de harapan. kalau pemimpin main main, umno akan jadi pembangkang/
ReplyDeleteDulu saya fikir Datuk Hishammuddin ni lembik macam yang orang kata. Tapi bila keadaan jadi macam gini baru kita tahu dirinya yang sebenar. Yang sebelum ini keras tegas dah tak berapa keras dah.
ReplyDeletekalau lihat pada situasi hari ini,ada beberapa pemimpin yang boleh dikatakan susah senang sama-sama....hishammuddin ,abdul rahman dahlan ,shahrir samad ,mustafa mohamad ,salleh keruak,anfah aman dan beberapa nama lagi dan paling terkejut adalah khairy,,..ramai mengutuk khairy tapi pada masa ini ,dia membuktikan dia teman yg boleh diharap....aneh kan....yg dijulang sebenarnya berperibadi curang dan penkhianat....berwajah baik didepan tap bagaikan pisau rencong menghiris didalam dan secara diam-diam.
ReplyDeleteCasino in St. Louis - Mapyro
ReplyDeleteCheck reviews, hours, directions, and 여주 출장샵 find the perfect spot for 경산 출장안마 any occasion. Casino 대전광역 출장안마 in 고양 출장샵 St. Louis. Mapyro MapMaker, The Climb, Hotel, Spa, 화성 출장마사지 Traveler,