Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday, 9 May 2015

SIASATLAH DAN UMUM HASIL SIASATAN...

Kenyataan Media - 1MDB
9 Mei 2015
Isu 1MDB merupakan isu hangat yang menjadi perhatian dan tumpuan rakyat Malaysia ketika ini. Justeru, bagi saya kerajaan sememangnya harus menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan untuk menangkis persepsi negatif berkenaan syarikat pelaburan ini.


Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya berdiri teguh dengan pendirian saya sebelum ini yang menegaskan bahawa jika ada sebarang salah laku dalam isu 1MDB, tindakan undang-undang harus diambil dengan segera.

Saya berkongsi kegelisahan masyarakat tentang satu pendedahan baru-baru ini berkenaan transaksi hartanah yang signifikan di antara 1MDB dan Tabung Haji Properties di Tun Razak Exchange (TRX).

Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu institusi yang dihormati, justeru, integriti dan nilai pelaburan pencarum Tabung Haji perlu dilindungi dan ini seharusnya menjadi prioriti kerajaan. Saya yakin, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji mengambil kira risiko perniagaan dan berusaha untuk memastikan kepentingan terbaik pencarum dari segenap lapisan masyarakat dijamin setiap masa.

Namun demikian, kita perlu segera memadam persepsi negatif dan syak wasangka di pasaran dan pandangan masyarakat bahawa penjualan hartanah 1MDB ini merupakan simptom beban kewangan yang dihadapi oleh syarikat pelaburan tersebut.
Justeru, kita seharusnya mempercepatkan proses untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar 1MDB. Kita tidak seharusnya menunggu sahaja hasil siasatan Ketua Audit Negara. Dalam konteks ini, saya menggesa Ketua Audit Negara segera mengemukakan laporannya dan memanjangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

 Dan demi menjaga reputasi syarikat pelaburan ini serta menjawab persoalan umum, saya mencadangkan agar lembaga pengarah 1MDB melantik satu lagi firma audit antarabangsa yang bebas untuk memeriksa, memberi verifikasi dan mendedahkan kepada umum nilai semua aset, liabiliti syarikat serta status portfolio pelaburan dan kedudukan aliran tunai.

 Firma audit ini juga seharusnya melaksanakan audit forensik kepada semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya untuk membantu 1MDB menjawab segala isu yang dibangkitkan. Saya yakin hasil audit bebas ini berserta siasatan Ketua Audit Negara akan dapat membantu 1MDB meyakinkan rakyat tentang status kewangan syarikat pelaburan tersebut.

Ulasan

Ini yang diperlukan sebenarnya. Kenyataan yang jelas dan tiada sebarang ketakutan. Siasat secara terperinci dan dedahkan hasil siasatan. Aku yakin, apapun hasilnya nanti pasti akan jadi mainan baru pembangkang. Ini kerja mereka.

Ada orang saja saja nak pertahan, tak perlu sebab kita masing masing belum tahu apa sebenarnya terjadi. Sama macam DS Hishammuddin, seluruh rakyat sedang menanti jawapan.

Aku jangka 1MDB tak bahaya sangat kesannya tapi bila libatkan Tabung Haji, ia dah jadi amat berakar umbi.



8 comments:

  1. Ramai orang tunding jari kat PM. PM buat keputusan sendiri ke?

    ReplyDelete
  2. Ada orang tak mahu keluar kenyataan. Takut. hah hah hah

    ReplyDelete
  3. Tahniah DS Hisham. Yang dok kata beliau lembik mana dia ? Sape lembik sekarang ?

    ReplyDelete
  4. Saya yakin tiada kesalahan di lakukan oleh kerajaan dalam hal 1mdb. sebab itu DS Hisamudin tak ada masalah nak suruh siasat.

    ReplyDelete
  5. Dulu cakap solid. Sekarang dah mula retak.

    ReplyDelete
  6. Jelas Statement Hishammuddin. Hanya mahukan sesuatu yang tuleh dan jelas untuk dikongsi bersama rakyat.

    ReplyDelete
  7. Malang. Orang ramai lebih suka fitnah berbanding kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Siasat kes 1MDB dari awal penubuhan, buat forensik segala jual beli termasok pinjaman yang menguntungkan agen-agen, bankers-bankers dan money lenders dengan agihan laba interest "hutang sengaja "1MDB.

    Buat siasatan jual beli tanah TRX, kena juga buat forensik pembelian 1MDB yang terlalu mahal kompeni ananda dan bukan-melayu lain yg hampir tamat lesen niaga, forensik anak najib keluarkan film ber-kos juta-juta dollar, dan tak lupa teruskan forensik siasatan budak cina Jho Lo Taek sampai dapat hasil siasatan yg mantap....


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...