Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 5 February 2014

ISTERI MUDA TAK TAHAN GODAAN !


Zamira isteri muda berumur 31 tahun. Suaminya bertugas di luar negara dan Zamira bersama anak anaknya seramai tiga orang memilih untuk terus tinggal di ibu kota.

Bagi mengisi masa Zamira bekerja sebagai seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi dan dalam masa yang sama menyambung pengajiannya yang tertangguh.

Suamipun sporting. Dia yang bagi galakan untuk Zamira bekerja dan belajar. Mereka berhubung melalui internet dan SMS sebagai pengubat rindu. Keadaan berjalan elok selama beberapa ketika sehinggalah Zamira bertemu seorang pelanggan bernama Irfan.

Zamira mula rasa betapa bermakna hidupnya bila ada Irfan. Kesepiannya terisi. Tambahan pulak Irfan begitu mengambil berat, matang dan kelihatan mempunyai pengetahuan yang luas. Zamira mula terasa hubungan dengan suaminya kian longgar berbanding Irfan.

Baru dua bulan mengenali Irfan, Zamira rasa macam sedang bercinta jer. Segalanya ceria, indah dan bermakna. Nak ke pejabatpun bersemangat sangat. Dia mula terfikir nak berkahwin dengan Irfan.

Nak dijadikan cerita, suatu hari anak sulung Zamira jatuh sakit. Dia kena berjaga di hospital. Dia nampak begitu ramai orang sakit. Ada isteri jaga suami yang uzur. 
Bercakap dengan isteri inilah menginsafkan Zamira.

Irfan tetap menghubungi dan Zamira pulak tak jawab. Akhirnya Zamira menukar no telefon dan memilih untuk berhenti kerja. Selamatlah...

Ini kisah yang aku petik di Utusan Malaysia. Mintak halallah. Terima kasih. Aku fikir ada pengajaran daripada kisah ini. Antara yang paling utama ialah kalau dah kahwin, elakkanlah berjauhan untuk satu jangka masa yang lama. Sepi, gian, macam macam lah...Eloklah sama sama membesarkan anak anak.

Yang keduanya, bila dah berlaki bini kena kawal pergaulan kita. Sampai nak tergoda dengan lelaki/perempuan lain, rasanya tak betul..biarlah Anwar Ibrahim jer yang curang, kan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...