Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 12 April 2015

RASUAH SEKS DI SELANGOR !

RASUAH SEKS DALAM INSTITUSI KELUARGA

Kami pernah kongsikan kisah yang amat pedih di jiwa kami tentang seorang janda yang membiarkan teman lelakinya ‘menggonggong’ anak-anak daranya sesuka hati. Di rumah yang sama teman lelaki anak daranya dan teman lelaki si ibu bebas tidur sebilik dengan anak gadisnya silih berganti.

Kita juga sering dengar kanak-kanak perempuan yang diperkosa malah didera dan dibunuh oleh teman lelaki si ibu sendiri. Tidak sedikit kes ayah tiri yang ‘meratah’ anak tirinya dengan pengetahuan si isteri.

Semua kerosakan ini sengaja dibiarkan berlaku hanya kerana ingin memenuhi nafsu seks si ibu. Inilah yang kami katakan rasuah seks.

Kali ini ingin kami kongsikan pengalaman tentang kemiskinan yang disengajakan sehingga merosakkan maruah dan akidah. Atas maklumat pembaca, kami ziarahi satu keluarga seorang janda dan 4 orang anaknya di penjuru negeri Selangor yang kaya ini. Hajat kami untuk menghulurkan bantuan apa yang termampu. Lebih penting apabila mengetahui ia melibatkan ibu tunggal yang tinggal merempat.

Kami terpaksa kaburkan wajah ibu dan anak anak ini serta lokasi yang tepat untuk menjaga aib mereka. Mereka ini tinggal di satu ‘rumah injin tinggal’, bangunan konkrit sekitar 8x8 kaki, tanpa pintu dan tingkap. Tiada bekalan elektrik dan mereka hidup dengan air sungai berdekatan. Mereka mengutip tin dan barang lusuh untuk di jual 2 minggu sekali buat sara hidup.

Kami ziarahi mereka untuk mengajak mereka tinggal bersama dan didik anak-anak mereka. Rupanya sang ibu bernikah dengan PATI Indonesia yang telah berpisah. Pernikahan mereka juga dikatakan hanya disaksikan oleh lelaki berbangsa cina. Tidak jelas siapa juru nikahnya.

Hasil perkahwinan itu dikatakan mereka dapat 7 orang anak. 3 orang dibawa oleh bekas suaminya. 4 lagi tinggal bersama ibu tunggal ini. Apabila ditanya rupanya beliau bukan asalnya orang susah, tetapi lari kerana merajuk dengan keluarganya.

Beliau suka hidup bebas dan tidak suka campur masyarakat. Kerana itu beliau tidak mahu ditolong. Sudah ada yang sediakan rumah yang selesa dan beliau hanya mampu tinggal beberapa bulan sahaja kerana dihalau oleh orang kampung.

Yang menyedihkan kami ialah beliau maklumkan yang anak gadisnya hamil 5 bulan kerana bersekedudukan dengan lelaki orang asli bukan Islam. Kami agak terkejut kerana beliau tidak nampak seperti merasa berdosa atau bersalah. Malah teman lelaki anaknya turut ada di situ sewaktu kami ziarah. Dia malah dikatakan bebas keluar masuk pondok tidak berpintu itu dengan pengetahuan ibunya.

KESIMPULAN

Gejala seks bebas semakin meruncing. Dalam satu seminar yang dihadiri oleh anak-anak kami, seorang professor universiti tempatan mendedahkan hasil kajian beliau yang amat mengejutkan. Daripada 870 anak gadis berisiko tinggi yang beliau selidikki, hanya 1 orang sahaja yang masih ‘dara’. Bakinya semua sudah terbiasa dengan seks bebas.

Seorang anak yatim yang kami ambil beristighfar setelah menceritakan semua dosanya. Antaranya ialah pernah tinggal dan meniduri teman wanitanya selama 2 minggu di rumah keluarga si gadis dengan izin ibu bapanya. MasyaAllah… ibubapa jenis apakah kita?

Antara punca keruntuhan generasi ini dari hasil kajian kami ialah berleluasanya gejala seks sebelum nikah di kalangan ibu bapa moden sekarang ini. Jika dahulunya sang ibu berperangai ANAK ABU, maka kejahilan sang ibu telah membentuk anak jadi BOHSIA.

Muhasabah diri sendiri. Adakah kita pun sama mengamalkannya? Jika benar, tidakkah terasa kita WAJIB bertaubat sekarang juga? Dan jika kita tidak terlibat melakukannya, maka adakah wajar kita membiarkan jiran tetangga dan saudara mara kita meneruskan gejala ini… hanya kerana tidak mahu digelar menjaga tepi kain orang?

Melanggar larangan Allah dengan sengaja adalah satu keingkaran yang nyata… itulah syirik. Mendekati zina sahaja pun sudah Allah larang… inikan pula kita sengaja BERUSAHA melakukannya. Sanggup kita sponsor topup telefon, sanggup bayar makan, sanggup sewa hotel dan sebagainya DEMI ZINA. Itulah JIHAD atau JALAN hidup kita. "Jihad fi sabili toghut".

Sedarlah semua. Bangkitlah dari lena. Hari-hari kita dapat berita pembuangan bayi. Tidak termasuk buang janin dan pengguguran haram. Tidak termasuk yang berzina pada usia pra-matang dan memang belum mampu hamil. Tidak masuk lagi yang pakai kondom dan sebagainya. Terlalu ramai yang hamil ketika usia 13-15 tahun bukan bermakna mereka baru mula berzina sekarang, tetapi kerana selama ini organ reproduksi mereka belum matang.

Kami sendiri kesukaran mengurus anak tidak sah taraf yang diserahkan kepada kami kerana tiada dokumen ini. Statistik jumlah yang sempat didaftarkan pun dikatakan sudah melebihi muatan penuh 3 stadium Bukit Jalil. Jika kita tidak bantu, mungkin saja ada yang akan menjadi menantu kita atau mungkin berkahwin dengan saudara kandung mereka tanpa mengetahuinya.

Wajarlah Allah letakkan tahap ZINA setanding dengan SYIRIK dalam ayat yang sama. Wajarlah Injil dan Taurat menetapkan hukum BUNUH pada pelaku zina, terutamanya sesama muhrim (cuma mereka pun sudah tidak ikut hukum hakam agama mereka). Wajarlah alqur’an menghukum zina dengan 100x dera, sampai mati nafsu dan hajat untuk berzina lagi.

Sesungguhnya zina itu benar-benar perbuatan keji yang membunuh generasi. Kami akhiri perkongsian ini dengan memetik ayat berikut penuh keinsafan …

Perhatikan bagaimana Allah kaitkan ZINA dengan SYIRIK dan ia adalah dosa yang tidak diampun. Bertaubatlah jika kita sendiri pernah atau membiarkan anak cucu melakukannya kerana hidup kita sudah ibarat BANGKAI BERNYAWA kerana hukuman ZINA itu seolah-olah hukuman MATI jika terbukti.

QS: 17. Al Israa' 32. "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan (SABIL) yang buruk".


QS: 24. An Nuur 3. “Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang BERZINA, ATAU perempuan yang MUSYRIK; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang BERZINA ATAU LELAKI MUSYRIK, dan yang demikian itu DIHARAMKAN atas oran-orang yang mukmin”

Selamat bermuhasabah,
WARGA PRIHATIN

( Terima kasih Pilihan Anda )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...