Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 26 March 2015

DIROGOL DALAM RUMAH SENDIRI !

JITRA 26 Mac - Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang pelajar tingkatan dua dalam satu kejadian 18 Februari lalu, di Malau, di sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya dirogol seorang kenalan yang juga jiran mereka.

Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa mendakwa suspek dikenali secara rapat itu telah merogolnya di sebuah bilik di rumah mangsa kira-kira jam 4.50 pagi.

“Berdasarkan laporan itu kita menahan mangsa di rumahnya semalam (kelmarin).

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Ke-208 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.
Katanya, pihaknya telah menghantar mangsa untuk pemeriksaan doktor untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, mangsa yang juga anak ke-11 daripada 13 beradik itu berkawan rapat dengan suspek.

“Mangsa dan ibunya membuat laporan polis selepas suspek tidak mengaku melakukan perbuatan itu,” katanya.

Ulasan
Korang baca tengok. Budak perempuan umur 14 tahun boleh berkawan rapat dengan lelaki berumur 22 tahun. Kedua, budak ini dirogol dalam rumahnya sendiri.
Mak bapaknya tau budak tu berkawan rapat dengan orang yang dah jauh lebih berumur. Kenapa dibiarkan? Dan macam mana pulak anak sekecil itu boleh dirogol dalam rumah sendiri?
Ianya akhirnya berbalik kepada persoalan kawalan mak bapak. Aku rasa mak bapak kena jadi macam mak bapak dulu dulu. Kawal anak dengan ketat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...